Kejadian selepas Sukumala_Marasri

Untuk mengingati beliau, sebuah daerah dinamakan "Rajdhevi" sempena Sukumala.

Apabila Prahadhipok turun takhta dan digantikan oleh anak saudaranya, Ananda Mahidol pada tahun 1935, Sukumala bukan lagi ibu saudara kepada raja yang baru, sekaligus beliau hanya digelar sebagai Baginda Ratu Sukumala Marasri. Tidak seperti adinda bongsu tirinya, Savang Vadhana, yang dijadikan "Nenda Ratu".

Puteranya, Putera Paripatra Sukhumbhand ialah tokoh yang terkenal dalam politik Siam semasa bahagian akhir pemerintahan beraja mutlak, sering dikaitkan sebagai orang di belakang takhta Raja Prajadhipok. Putera ini berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri pada masa revolusi Siam 1932, beliau telah ditangkap oleh Khana Ratsadon (Parti Rakyat) dan diletakkan di bawah tahanan. Prajadhipok menerima permintaan pemberontak dan menjadi raja berperlembagaan. Putera Paripatra, bagaimanapun telah dibuang dari Siam. Beliau akhirnya menetap dan mangkat di Indonesia, beliau tidak pernah kembali ke tanah airnya. Mom Rajawongse Sukhumbhand Paribatra, ahli politik dan Gabenor Bangkok ialah salah satu cucunya.

Adinda Sukumala, Puteri Napaborn mangkat pada usia 94.